THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 5, 2009

LANDSKAP DAN HIASAN TAMAN

Landskap dan hiasan taman merupakan salah satu aspek utama dalam menceriakan serta mengindahkan persekitaran kampung. Kebersihan dan kecriaan bukan sahaja untuk menjadi perhiasan di mata malahan ia merupakan aspek yang amat penting kerana ia juga melambangkan personaliti masyarakat setempat.

Dalam usaha meningkatkan keceriaan persekitaran kampung, pelbagai usaha telah dijalankan. Antaranya ialah, menanam pelbagai tanaman hiasan (berkayu dan renek) di jalan-jalan utama dan setiap lorong di kampung ini. Tanaman hiasan hijau dan bungaan di persekitaran kampung bukan sahaja mengindahkan serta menceriakan pandangan malahan juga ia berfungsi membekalkan oksigen yang baik kepada penduduk serta menyamankan udara persekitaran.

Selain itu, papan tanda yang kreatif serta menarik juga boleh mengindahkan pandangan malahan juga kata-kata yang dipaparkan pada papan tanda ini sentiasa memberi peringatan kepada penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan kampung dan berperibadi mulia.

Tugu selamat Datang Menyambut Setiap Pengujung

Papan Tanda Amaran Menjaga Kebersihan Turut Menghiasi Persekitaran Kampung


Pelbagai Tanaman Hiasan Ditanam Sepanjang Jalan
Bagi Mengindahkan Persekitaran

Tanaman Hiasan Menghiasi Pagar Masjid


Landskap Air Pancut Bertingkat Menyambut Tetamu
Di Persimpangan Utama Alor Limbat


Sepohon Sawit Menghiasi Landskap Merupakan
Mercu Tanda Bagi Ladang Rakyat

0 comments: