THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

ARBORETUM

ARBORETUM PARK - ALOR LIMBAT

Arboretum berasal dari perkataan  "Latin" di mana ia bermaksud satu kawasan yang mempunyai pelbagai spesis tumbuhan yang tumbuh semulajadi atau lebih tepat ditafsirkan sebagai hutan simpan. dalam usaha memelihara spesis flora dan fauna di kawasan ini, pihak pentadbiran kampung Alor Limbat telah mengambil inisiatif untuk memlihara kawasan ini. 

 Arboretum Park Alor Limbat ialah, sebuah kawasan pelancongan baru berkonsepkan khazanah hutan, flora dan fauna semulajadi. Ia terletak di bahagian timur kampung, iaitu salah satu daripada kampung rangkaian (Kampung Tukang). Kampung Tukang merupakan satu kawasan penempatan awal penduduk di sini namun pada masa ini ia tidak lagi berpenghuni. 

JKKK Alor Limbat bukan sahaja berhasrat menjadikan kawasan ini sebagai kawasan rekreasi dan pelancongan malahan ia juga akan dijadikan sebagai pusat kajian etrhadap flora dan fauna yang pastinya jarang ditemui pada masa kini. Usaha murni ini akan mengekalkan spesis-spesis yang ada dan menjaga khazanah hutan untuk generasi akan datang. kami menggelarkan Arboretum Park sebagai "Jungle For The Next generation"