THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

KITCHEN GARDEN

PROGRAM KITCHEN GARDEN-2010

Dalam usaha memaksimakan penggunaan tanah, JKKK Alor Limbat telah mengambil inisiatif untuk menjalankan satu program khas yang dinamakan "KITCHEN GARDEN". Program ini menggalakkan penduduk menanam sendiri bahan makanan seperti sayuran di kawasan rumah mereka untuk kegunaan keluarga. Penduduk akan memperuntukkan hanya sedikit kawasan untuk menanam pelbagai jenis tanaman.

Program ini bukan sahaja dapat memaksimakan penggunaan tanah malahan juga dapat mengurangkan perbelanjaan dapur para penduduk. selain itu, penduduk juga dapat memakan makanan yang lebih sihat kerana tanaman ini adalah separa organik. selain menjimatkan kos, memaksimakan penggunaan tanah, program ini juga dapat mengisi waktu lapang penduduk. 

Melalui program ini JKKK telah memberikan intensif berbentuk bahan binaan plot tanaman dan tanah kepada sebilangan penduduk sebagai galakan kepada mereka untuk menjayakan program ini. sebanyak 38 perintis telah berjaya dalam program ini dan kini usaha murni ini telah diikuti oleh ramai lagi masyarakat di sini. Melalui program ini penduduk bukan sahaja bercucuk tanam untuk sara diri malahan juga ada segelintir daripada mereka telah meluaskan kawasan tanaman, dan hasilnya dijual. ini dapat menjana pendapatan keluarga.

Antara tanaman yang ditanam oleh penduduk ialah, sawi, kankung, bayam, terung, labu, kacang botor, bendi, kacang panjang, serai, kunyit, halia dan pelbagai jenis tanaman lagi. Penduduk akan meluangkan masa bersama tanaman mereka sekurang-kurangnya 20 minit sehari. Maka tidak hairanlah jika hasil tanaman mereka amat segar dan berkuatili.

Program ini lebih menarik apabila JKKK Alor Limbat sendiri telah berbesar hati menyumbang hadiah kepada peserta program terbaik pada setiap bulan. Penghakiman dijalankan  pada setiap bulan dan hadiah akan diberikan kepada penduduk. Nampaknya, usaha murni ini amat berpatutan dan diharapkan ia akan berpanjangan demi melahirkan masyarkat yang sihat dan berkualiti.



SENARAI PEMENANG PROGRAM KITCHEN GARDEN 
JANUARI 2010

Johan
Naib Johan
Ke-3
Saguhati