THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 12, 2009

SEMASA DAN TERKINI


15 Januari 2011 (sabtu)
Program Memasak Bubur As-Syura
Dataran Sri Limbat Anjuran Pemuda Dan Puteri Alor Limbat.

19 Febuari 2011
Mesyuarat Penaja Penubuhan Koperasi Alor Limbat.

2-4 Disember 2010
Program Bakti Siswa IPGM Sultan Mizan Besut
Sermai 80 Orang.

28 November 2010 (Isnin)
Lawatan Dari KEMAS Negeri Kedah
Jamuan & Majlis Kesyukuran Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2009/2010

12 Oktober 2010
Majlis Penyampaian Hadiah Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2009/2010
Majlis penyampaian Pelan Induk JKKK/JKKP
Di Stadium Putra Bukit Jalil


5 - 6 Mac 2010
SUKANEKA RAKYAT (klik untuk gambar)

5 Mac 2010
PERTANDINGAN MEMANCING TERTUTUP
(klik untuk gambar)

6 Mac 2010
PERTANDINGAN WAU TERTUTUP (klik untuk gambar)

Friday, August 7, 2009

PROGRAM 2009


MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH
ANUGERAH DESA CEMERLANG
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2009

Kampung Alor Limbat telah dinobatkan sebagai Juara Pertandingan Anugerah Desa Cemerlang (ADC) 2009 Peringkat Negeri Terengganu. Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Wisma Darul Iman, Kuala Terengganu pada 11 November 2009 baru-baru ini.

MAJLIS PENGHAKIMAN
PERTANDINGAN ANUGERAH DESA CEMERLANG (ADC) 2009
PERINGKAT NEGERI TERENGGANU


MAJLIS PEMIMPIN BERSAMA RAKYAT
SEMPENA KEBERANGKATAN KEBAWAH DULI PEMANGKU SULTAN TERENGGANU



MAJLIS KEBERANGKATAN KE BAWAH DULI
PEMANGKU SULTAN TERENGGANU




PROGRAM 2008

PROGRAM BERSAMA JPJ

Tarikh:
4 & 5 Mei 2008


Anjuran:
JPJ Terengganu


Penyertaan:
1500 orang


Aktiviti:
Pemeriksaan Motorsikal Secara Percuma, Pembayaran Cukai Jalan, Pembayaran Saman Tertunggak, Ujian Memandu (B2) Secara Percuma Bagi Warga Emas






MAJLIS PENYAMPAIAN HADIAH PERTANDINGAN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN KAMPUNG PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2007/2008

Tarikh:
17 Januari 2008


Perasmian oleh:
Dato’ Ahmad Bin Said (Pengerusi Jawatankuasa Kerajaan Tempatan dan Perumahan)
mewakili Menteri Besar, Dato’ Seri Idris Bin Jusoh


*lagi gambar di galeri foto

http://mdm.terengganu.gov.my/home/-/journal_content/56/10124/10467

PERASMIAN MEDAN INFODESA (MID) ALUR LIMBAT

5 MAC 2008






Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH KAMPUNG

ALOR LIMBAT merupakan salah sebuah kampung tertua dalam lipatan sejarah negeri Terengganu. Pemberian Anugerah "Mukim" iaitu Mukim Alor Limbat dalam pentadbiran pejabat daerah adalah berpaksikan kepada peranan dan sumbangan masyarakat kampung khususnya khidmat setia Ke Bawah Duli Sultan Terengganu.

Kejatuhan Kerajaan Pattani kepada tenetra Siam pada tahun 1832, memaksa ulama-ulama Pattani dan panglima meninggalkan Pattani dan mencari perlindungan di Negeri Terengganu. Shaikh Daud Al-Pattani, Tok Sheikh Duyong, Syed abdul kadir, Tok Ku Tuan Besar, Panglima Ab Rahman Pattani dan Marhum Mata Merah adalah antara ulama-ulama dan panglima yang terlibat dalam pelarian itu.

Dipercayai Marhum Mata Merah adalah Pengasas Kampung alor Limbat ini. Perlantikan Marhum mata Merah bertepatan dengan perubahan sistem pemerintahan Sultan Omar (1839-1876) iaitu Sultan Terengganu yang ke-4. Baginda telah membahagikan Negeri terengganu kepada beberapa daerah dan dipecahkan pula kepada beberapa mukim dan kampung-kampung kecil yang ditadbirkan oleh seorang "Penghulu Mukim"

Di Akhir pemerintahan Sultan zainal abidin III sistem Penghulu diperkenalkan semula setelah dimansuhkan di awal pemerintahan Baginda. Marhum Mata Merah telah dilantik menjadi Penghulu Kampung Alor Limbat dengan dibenarkan membicara pesalah sivil yang tidak melebihi RM10.00 dan dipenjara tidak lebih 7 hati. Penghulu Marhum Mata Merah telah membina penjara (Rumah Pasong) diperkarangan rumah beliau yang sehingga kini dikenali sebagai Kampung pasong.

Alor Limbat juga meupakan Pusat Perancangan dan Persinggahan untuk mengatur strategi perang bagi Pahlawan Haji abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Tok Janggut dan pejuang-pejuang lain untuk menentang penjajah di Padang Kachong, Kuala Telemong (sila rujuk Sejarah Negeri Terengganu MISBAHA).

Selepas kematian Penghulu Marhum Mata Merah, teraju pentadbiran kampung telah berpindah kepada Penghulu Katib Samad dan diikuti oleh Penghulu Ibrahim.

Pada tahun 1992, Tuan Haji Mat Saman Bin Ali telah dilantik sebagai Ketua Kampung ini bagi menggantikan Tuan Haji Salleh Bin Deraman. Pentadbiran JKKK lebih tersusun dengan perlantikan seramai 15 orang anggota Ahli Jawatankuasa. Perlantikan AJK ini merangkumi semua peringkat termasuk belia dan wanita.


SUSUR GALUR PENTADBIRAN KAMPUNG (1839 - 2009)

1839 - 1880
Tok Penghulu Marhum Mata Merah

1881 -1935
Tok Penghulu Khatib Samad

1936 - 1946
Tok Penghulu Ibrahim

1941 - 1991
Ketua Kampung Hj. Salleh Bin Deraman

1992 - sekarang
Ketua Kampung Hj.Mat Saman Bin Ali

PETA LOKASI

PENDUDUK

JUMLAH PENDUDUDK : 1075 ORANG
LELAKI : 545 ORANG
PEREMPUAN : 530 ORANG

PETA LOKASI

14

BELIA DAN PEMUDA HARAPAN BANGSA

12

WANITA

11

MEDAN INFODESA(MID) ALUR LIMBAT

Medan Infodesa (MID) Alur Limbat merupakan satu program di bawah Kementerian kemajuan Luar Bandar Dan Wilayah Malaysia (KKLW) dalam misi "Merapatkan Jurang Digital" antara masyarakat bandar dan penduduk luar bandar. Medan Infodesa Alur Limbat merupakan MID bagi Daerah Marang.

Medan Infodesa Alur Limbat mula beroperasi sepenuhnya pada Ogos 2007. Antara fungsi utama MID ialah untuk menyediakan perkhidmatan komputer dan internet kepada masyarakat luar bandar, melatih penduduk setempat dalam ilmu ICT seterusnya melahirkan masyarakat yang celik IT/ICT.


Jawatankuasa Medan Infodesa (MID) Alor Limbat

Penegrusi:
Tn. Hj. Abd Rahman Bin Che Ali
Timb. Pengerusi:
En.Abdullah Bin Osman
Setiausaha:
En.Ikram Bin Hashim
AJK:
Tn.Hj. Mat saman Bin Ali
En.Sabri Bin Mohd Nor
En.Mohd Shamsir Bin Mohd
Tn.Hj. Mohd Ariffin Bin Draman
En.Ahmad Sabri Bin Ali
Roslina Bt Rusdi
8 Penghulu Mukim Daerah Marang





PERTANIAN DAN PENTERNAKAN




PENTERNAKAN LEMBU & KERBAU
Pengusaha: En.Sabri Bin Talib
Jenis Ternakan: 90 ekor Lembu, 80 ekor Kerbau
Teknik Penternakan: Lepas Bebas Di Kawasan Ternakan (integrasi bersama tanaman sawit)

Pengusaha: En.Saari Bin Salleh
Jenis Trenakan: Lembu
Teknik Ternakan: Lepas Bebas Di Kawasan Ternakan Dan Kurungan

Pengusaha: Sukarini Bin Sulaiman
Jenis Ternakan: Kerbau & Lembu
Teknik Penternakan: Kurungan


PENTERNAKAN AYAM


Pengusaha: En.fauzi Bin Jusoh
Ternakan: ayam Pedaging
Teknik Penternakan: Rumah Lantai Berslat

SAWIT
Pengusaha: En.Yusof Bin Salleh
Keluasan: 32 Ekar
Usia Tanaman: 5 Tahun

Pengusaha: En.Kamaruddin Bin Sipit
Keluasan: 12 Ekar
Usia Tanaman: 5 Tahun


GETAH
Pengusaha:

SALAK MADU

Pengusaha: Muda Bin Draman
Keluasan:

DUSUN BUAH-BUAHAN

INFRASTRUKTUR DAN FASILITI


MASJID KAMPUNG ALOR LIMBAT


BALAIRAYA



MEDAN INFODESA (MID) ALUR LIMBAT


PERPUSTAKAAN DESA ALOR LIMBAT


TAMAN RAUDHAH (TANAH PERKUBURAN ISLAM)

TAMAN REKREASI



WAKAF




EKONOMI






PERNIAGAAN


  • Kedai Telefon Bimbit

  • Baiki Kasut

  • Bundle

  • Car Wash - Pusat Mencuci Kereta

  • Bengkel Welding

  • Bengkel Kuih Dan Makanan Seger

  • Kedai kopi

  • Kedai runcit


PERTANIAN


  • Tanaman Sawit

  • Tanaman Getah

  • Tanaman Salak Madu

  • Tanaman Pisang

  • Tanaman Sayur-sayuran


  • PENTERNAKAN


  • Lembu

  • Kerbau

  • Kambing

  • Ayam Pedaging

  • Ikan Air tawat - Patin Dan Tilapia


  • USAHAWAN KECIL DAN SEDERHANA KARIPAP - Pn.Mahani Bt Harun KUIH APIT-APIT MADU LEBAH - En.Seman@Othman Bin Jusoh

    PELANCONGAN

    ARBORETUM


    Lokasi: Kampung Tukang, Alor limbat

    Alor Limbat merupakan satu tempat perlancongan baru berkonsepkan khazanah Hutan- Flora dan Fauna. Kawasan ini dipercayai merupakan kawasan petempatan walan penduduk Alor Limbat- dipercayai sekitar tahun 1814

    · Keluasan adalah 1.8 ekar.
    · Terletak dibahagian Timur Kampung Alor Limbat.
    · Merupakan rangkaian Kampung Alor Limbat

    • Kewujudan ARBORETUM adalah satu konsep pelancongan Lokasi kajian saintifik mengenai spesis Flora dan Fauna yang jarang ditemui masa kini.
    • Ianya juga merupakan satu kawasan rezab- “Jungle for All-jungle for next generation”.
      Akan dijadikan satu kawasan riadah( jogging Trak- Jungle view)

    PEMBANGUNAN DESA

    MEDAN INFODESA ALUR LIMBAT



    PERPUSTAKAAN DESA (PERPUSTAKAAN JALURLEBAR KOMUNITI)








    BANGUNAN KEDAI MAJLIS DAERAH MARANG (MDM) 3 PINTU

    BENGKEL MILIK KKLW

    LANDSKAP DAN HIASAN TAMAN

    Landskap dan hiasan taman merupakan salah satu aspek utama dalam menceriakan serta mengindahkan persekitaran kampung. Kebersihan dan kecriaan bukan sahaja untuk menjadi perhiasan di mata malahan ia merupakan aspek yang amat penting kerana ia juga melambangkan personaliti masyarakat setempat.

    Dalam usaha meningkatkan keceriaan persekitaran kampung, pelbagai usaha telah dijalankan. Antaranya ialah, menanam pelbagai tanaman hiasan (berkayu dan renek) di jalan-jalan utama dan setiap lorong di kampung ini. Tanaman hiasan hijau dan bungaan di persekitaran kampung bukan sahaja mengindahkan serta menceriakan pandangan malahan juga ia berfungsi membekalkan oksigen yang baik kepada penduduk serta menyamankan udara persekitaran.

    Selain itu, papan tanda yang kreatif serta menarik juga boleh mengindahkan pandangan malahan juga kata-kata yang dipaparkan pada papan tanda ini sentiasa memberi peringatan kepada penduduk agar sentiasa menjaga kebersihan kampung dan berperibadi mulia.

    Tugu selamat Datang Menyambut Setiap Pengujung

    Papan Tanda Amaran Menjaga Kebersihan Turut Menghiasi Persekitaran Kampung


    Pelbagai Tanaman Hiasan Ditanam Sepanjang Jalan
    Bagi Mengindahkan Persekitaran

    Tanaman Hiasan Menghiasi Pagar Masjid


    Landskap Air Pancut Bertingkat Menyambut Tetamu
    Di Persimpangan Utama Alor Limbat


    Sepohon Sawit Menghiasi Landskap Merupakan
    Mercu Tanda Bagi Ladang Rakyat

    GDW

    ORGANISASI GDW ALOR LIMBAT

    PENAUNG: YB. TN. HJ. ALIAS BIN ABDULLAH

    PENASIHAT: TN. HJ. ISMAIL BIN ZAINAL

    PENGERUSI: EN. MAT JUSOH BIN ALI

    TIMB. PENEGRUSI: EN.SAPUDIN BIN JUSOH

    SETIAUSAHA: PN. HAZLINA BT MAT HASSAN

    BENDAHARI: PN. SANIAH BT JUSOH

    AJK:
    TN. HJ. MOHAMAD ARIFIN BIN DRAMAN
    EN. SUKARINI BIN SULAIMAN
    EN. SAARI BIN SALLEH
    EN. ABD RAZAK BIN HASSAN
    EN. MANAP BIN LONG
    EN. MOHD ALIAS BIN MAT SAMAN
    EN. ZUBAIDI BIN JUSOH
    CIK ROSNAN BT SEMAN @OTHMAN
    EN. ASMADI BIN ALI
    EN. FAUZI BIN JUSOH