THOUSANDS OF FREE BLOGGER TEMPLATES

Wednesday, August 5, 2009

SEJARAH KAMPUNG

ALOR LIMBAT merupakan salah sebuah kampung tertua dalam lipatan sejarah negeri Terengganu. Pemberian Anugerah "Mukim" iaitu Mukim Alor Limbat dalam pentadbiran pejabat daerah adalah berpaksikan kepada peranan dan sumbangan masyarakat kampung khususnya khidmat setia Ke Bawah Duli Sultan Terengganu.

Kejatuhan Kerajaan Pattani kepada tenetra Siam pada tahun 1832, memaksa ulama-ulama Pattani dan panglima meninggalkan Pattani dan mencari perlindungan di Negeri Terengganu. Shaikh Daud Al-Pattani, Tok Sheikh Duyong, Syed abdul kadir, Tok Ku Tuan Besar, Panglima Ab Rahman Pattani dan Marhum Mata Merah adalah antara ulama-ulama dan panglima yang terlibat dalam pelarian itu.

Dipercayai Marhum Mata Merah adalah Pengasas Kampung alor Limbat ini. Perlantikan Marhum mata Merah bertepatan dengan perubahan sistem pemerintahan Sultan Omar (1839-1876) iaitu Sultan Terengganu yang ke-4. Baginda telah membahagikan Negeri terengganu kepada beberapa daerah dan dipecahkan pula kepada beberapa mukim dan kampung-kampung kecil yang ditadbirkan oleh seorang "Penghulu Mukim"

Di Akhir pemerintahan Sultan zainal abidin III sistem Penghulu diperkenalkan semula setelah dimansuhkan di awal pemerintahan Baginda. Marhum Mata Merah telah dilantik menjadi Penghulu Kampung Alor Limbat dengan dibenarkan membicara pesalah sivil yang tidak melebihi RM10.00 dan dipenjara tidak lebih 7 hati. Penghulu Marhum Mata Merah telah membina penjara (Rumah Pasong) diperkarangan rumah beliau yang sehingga kini dikenali sebagai Kampung pasong.

Alor Limbat juga meupakan Pusat Perancangan dan Persinggahan untuk mengatur strategi perang bagi Pahlawan Haji abdul Rahman Limbong, Tok Gajah, Tok Janggut dan pejuang-pejuang lain untuk menentang penjajah di Padang Kachong, Kuala Telemong (sila rujuk Sejarah Negeri Terengganu MISBAHA).

Selepas kematian Penghulu Marhum Mata Merah, teraju pentadbiran kampung telah berpindah kepada Penghulu Katib Samad dan diikuti oleh Penghulu Ibrahim.

Pada tahun 1992, Tuan Haji Mat Saman Bin Ali telah dilantik sebagai Ketua Kampung ini bagi menggantikan Tuan Haji Salleh Bin Deraman. Pentadbiran JKKK lebih tersusun dengan perlantikan seramai 15 orang anggota Ahli Jawatankuasa. Perlantikan AJK ini merangkumi semua peringkat termasuk belia dan wanita.


SUSUR GALUR PENTADBIRAN KAMPUNG (1839 - 2009)

1839 - 1880
Tok Penghulu Marhum Mata Merah

1881 -1935
Tok Penghulu Khatib Samad

1936 - 1946
Tok Penghulu Ibrahim

1941 - 1991
Ketua Kampung Hj. Salleh Bin Deraman

1992 - sekarang
Ketua Kampung Hj.Mat Saman Bin Ali

0 comments: